Senin, 23 September 2013

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman....
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya....
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang....

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya....
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya....
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassallam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya....

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa....
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan....

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati....
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian....

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona....
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran

Jumat, 20 September 2013

Pesona Kecantikan Batin Wanita Muslimah (Inner Beauty)

Malu karena Allah adalah perona pipinya…

Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya…

Zikir yang senantiasa membasahi bibir adalah lipstiknya……

Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat……

Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akherat….

Kaki indahnya selalu menghadiri majelis ilmu……

Tanganya selalu berbuat baik pada sesama….

Pendengaran yang ma’ruf adalah anting muslimah…..

Gelangnya adalah tawadhu…..

Kalungnya adalah kesucian